Mengenai Kami
Prakata
Angkasfera merupakan portal sains yang dibina untuk orang awam dalam usaha memasyarakatkan ilmu terutamanya dalam bahasa kebangsaan sebagai medium penyampaian. Kami mendapati bahawa para ahli akademik dan penyelidik terutamanya di institut-institut pengajian tinggi kurang kesedaran dan dorongan untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan mereka kepada orang awam dalam bentuk yang mudah dicerna. Pemerhatian inilah yang mencetuskan idea penubuhan Angkasfera pada Jun 2018.
Mengapa Angkasfera?
Pada awal penubuhannya, Angkasfera menumpukan beberapa bidang sains angkasa dan Bumi; justeru namanya iaitu angkasa + sfera (sfera merujuk kepada Bumi). Selepas kira-kira dua tahun, cakupan Angkasfera dikembangkan kepada cabang-cabang sains lain dan berita-berita terkini. Angkasfera mendukung aspirasi berkhidmat kepada masyarakat justeru ia merupakan portal tidak berasaskan keuntungan.
Siapa kami?
Angkasfera diasaskan oleh para pelajar siswazah Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2018.
Beliau merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains angkasa dengan pengkhususan aplikasi metabahan dalam teknologi angkasa. Beliau menganggap bahawa suatu ilmu yang tidak dikongsi pasti akan tenggelam rugi.
-
Ismatul Nisak Idrushttps://angkasfera.com/author/nisak/
Beliau merupakan penerima ijazah sarjana muda fizik (UPM) dan doktor falsafah dalam sains angkasa (UKM). Kini, beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM. Beliau percaya bahawa ahli akademik merupakan wadah yang menghubungkan masyarakat dengan ilmu aras tinggi.
-
Dr. Adib Yusofhttps://angkasfera.com/author/khairuladib/
-
Dr. Adib Yusofhttps://angkasfera.com/author/khairuladib/
-
Dr. Adib Yusofhttps://angkasfera.com/author/khairuladib/
-
Dr. Adib Yusofhttps://angkasfera.com/author/khairuladib/
Beliau merupakan pelajar sarjana (sains angkasa), pengkhususan dalam pengesanan petanda gempa bumi. Beliau memiliki latar belakang akademik dalam bidang geologi.
-
Mustaqim Azmanhttps://angkasfera.com/author/mustaqim/
-
Mustaqim Azmanhttps://angkasfera.com/author/mustaqim/
-
Mustaqim Azmanhttps://angkasfera.com/author/mustaqim/
-
Mustaqim Azmanhttps://angkasfera.com/author/mustaqim/
Beliau merupakan graduan sarjana sains geospatial berteraskan dron fotogrametri. Menegaskan penulisan ilmu kerana ilmu yang tidak ditulis bakal hilang dimamah masa.
-
Faiz Arifhttps://angkasfera.com/author/faiz/
-
Faiz Arifhttps://angkasfera.com/author/faiz/
-
Faiz Arifhttps://angkasfera.com/author/faiz/
-
Faiz Arifhttps://angkasfera.com/author/faiz/
Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang sains angkasa. Berpendapat bahawa seseorang itu tidak seharusnya berhenti menuntut ilmu, beliau berharap portal ini dapat menginspirasikan masyarakat untuk belajar dan lebih mengenali alam semesta kita.
-
Mira Ashikinhttps://angkasfera.com/author/mira-ashikin/
-
Mira Ashikinhttps://angkasfera.com/author/mira-ashikin/
-
Mira Ashikinhttps://angkasfera.com/author/mira-ashikin/
-
Mira Ashikinhttps://angkasfera.com/author/mira-ashikin/
Beliau merupakan graduan sarjana sains angkasa UKM, pengkhususan dalam bidang frekuensi radio. Beliau memiliki latar belakang akademik dalam bidang kejuruteraan elektronik dan sains fizik. Beliau kini sedang bekerja dalam bidang sistem automasi bangunan sebagai Jurutera Sistem.
-
Johari Talibhttps://angkasfera.com/author/johari/
-
Johari Talibhttps://angkasfera.com/author/johari/
-
Johari Talibhttps://angkasfera.com/author/johari/
-
Johari Talibhttps://angkasfera.com/author/johari/
Beliau merupakan pelajar doktor falsafah (cuaca angkasa) dengan pengkhususan berkaitan sifat dan fenomena di lapisan ionosfera Bumi. Beliau berharap agar portal ini dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu cuaca angkasa.
-
Izzati Roslihttps://angkasfera.com/author/izzati/
-
Izzati Roslihttps://angkasfera.com/author/izzati/
-
Izzati Roslihttps://angkasfera.com/author/izzati/
-
Izzati Roslihttps://angkasfera.com/author/izzati/
Beliau merupakan pelajar doktor falsafah dalam bidang sains angkasa yang terlibat dalam kajian pengaplikasian teknologi sains angkasa dalam peramalan gempa. Beliau berharap lebih ramai para pengkaji dan ahli akademik turut memanfaatkan laman web ini dalam memasyarakatkan ilmu sains kepada umum.
-
Pengarang tiada artikel terdahulu.
Beliau merupakan pelajar doctor falsafah dalam bidang sains atmosfera khusus dalam kajian fizik kilat di Institut Perubahan Iklim UKM. Beliau percaya bahawa kajian-kajian daripada penyelidik Malaysia adalah bertaraf dunia dan amat penting untuk didedahkan kepada masyarakat sebagai inspirasi.
-
Pengarang tiada artikel terdahulu.