Asas Komunikasi Jarak Jauh: Analog dan Digital

Komunikasi adalah teknologi untuk menghantar dan menerima maklumat melalui pelbagai cara. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai penghantar kandungan data (ucapan, isyarat, denyutan dan sebagainya) dari satu nod ke nod yang lain.

Rajah proses komunikasi.
Sumber: Techulator.com

Sistem komunikasi adalah gabungan proses dan peranti yang digunakan untuk mencapai pemindahan maklumat. Subsistem komunikasi pada dasarnya terdiri daripada penerima, penterjemah frekuensi dan pemancar serta transponder. Sistem komunikasi satelit menerima isyarat dari subsistem antena.

Sumber: Techdifferences.com

Isyarat analog adalah gelombang berterusan yang dilabelkan dengan gelombang sinus dan mungkin berbeza dalam kekuatan isyarat (amplitud) atau frekuensi (masa).

Sumber: Techdifferences.com

Isyarat digital diterjemahkan menggunakan nombor perduaan (0s dan 1s). Oleh itu, ia tidak boleh membaca nilai pecahan. Isyarat seperti ini dinyatakan dengan nilai digit lalu menyebabkan ianya dipanggil isyarat digital.

Komunikasi analog

Komunikasi analog adalah kaedah komunikasi untuk menyampaikan maklumat suara, data, imej atau video menggunakan isyarat berterusan yang berbeza-beza amplitud, fasa, atau beberapa sifat-sifat lain berkadaran dengan pemboleh ubah. Pemindahan isyarat sumber analog menggunakan kaedah modulasi seperti FM (modulasi frekuensi) atau AM (modulasi amplitud), atau tiada modulasi langsung.

Transmisi analog masih sangat popular, khususnya untuk jarak yang lebih pendek kerana kos yang jauh lebih rendah serta sistem “jarak pendek” kecil yang tidak memerlukan penghantaran multipleks digital.

Rajah komunikasi analog
Sumber: Electronicscoach.com

Kelemahan isyarat analog adalah apabila ia mempunyai nisbah isyarat-hingar (signal to noise) yang tinggi dan tidak dapat mencapai sumber kelinearan (linearity source). Hal ini disebabkan oleh masalah terhadap sistem pelemahan (attenuation problems).

Sistem analog adalah sistem yang boleh tahan hingar, menggunakan lebar jalur dengan sebaiknya, dan mudah untuk dimanipulasi secara kiraan matematik. Walau bagaimanapun, isyarat analog memerlukan peranti penerima dan pemancar yang direka khas untuk menyesuaikan penghantaran isyarat tertentu dengan sempurna. Sekiranya anda menggunakan sistem yang baru dan memutuskan untuk menukar isyarat analog anda, anda juga perlu menukar pemancar dan penerimanya.

Isyarat analog digunakan dalam pelbagai sistem. Namun begitu, penggunaannya telah berkurang dengan adanya isyarat digital yang lebih murah.

Komunikasi digital

Komunikasi digital menggunakan isyarat digital untuk menghantar maklumat antara penghantar dan penerima. Isyarat digital diwakili oleh gelombang persegi (square wave) dan terdiri daripada nilai-nilai diskrit dan bukannya nilai berterusan.

Isyarat ini dijana oleh pensampelan isyarat analog. Sampel isyarat analog diambil, dan ianya akan dikuantumkan (quantized). Isyarat digital biasanya terdiri daripada isyarat dengan dua keadaan iaitu ON atau OFF (0 atau 1). Selepas pensampelan dan pengkuantuman, isyarat digital yang diperolehi akan dimodulasi oleh teknik modulasi digital.

Rajah komunikasi digital
Sumber: Electronicscoach.com

Sistem komunikasi digital juga terdiri daripada pengulang untuk menguatkan isyarat yang mengalami pengecilan kerana merambat pada jarak tertentu. Pengulang menguatkan isyarat maklumat dan mengurangkan isyarat hingar. Oleh itu, pengulang juga mengekalkan nisbah isyarat-hingar dengan berkesan.

Kelebihan utama menggunakan komunikasi digital ini adalah ia tidak merosot dengan saluran hingar. Oleh itu, jika kesan hingar bercampur dengan isyarat digital, isyarat asal dapat diambil dari isyarat yang terganggu. Hal ini kerana, jika kesan hingar adalah salah satu daripada isyarat amplitud, kita tahu julat di mana titik itu terletak kerana isyarat digital terdiri daripada nilai-nilai diskrit.

Rujukan:

http://www.techulator.com/attachments/Resources/4509-11115-2

https://electronicscoach.com/category/analog-digital-communication

https://techdifferences.com/difference-between-analog-and-digital-signal.html

MENGENAI PENGARANG

Penyunting di Angkasfera | johari.talib88@gmail.com | + ARTIKEL TERDAHULU

Beliau merupakan graduan sarjana sains angkasa UKM, pengkhususan dalam bidang frekuensi radio. Beliau memiliki latar belakang akademik dalam bidang kejuruteraan elektronik dan sains fizik. Beliau kini sedang bekerja dalam bidang sistem automasi bangunan sebagai Jurutera Sistem.

2 thoughts on “Asas Komunikasi Jarak Jauh: Analog dan Digital”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

14 + 5 =