Pandemik, Panggung dan Psikologi

Sekumpulan penyelidik dari University of Chicago, Pennsylvania State University dan Aarhus University mendapati penonton tegar filem akhir zaman (apocalyptic movies) lebih tabah menjalani urusan harian semasa menghadapi pandemik. Mereka telah menerbitkan sebuah makalah saintifik yang mana sukarelawan telah ditemu ramah mengenai filem yang mereka tonton dan pengalaman sewaktu pandemik. Makalah tersebut boleh didapati daripada PsyArXiv Preprints.

Industri perfileman telah menerbitkan banyak filem yang bertemakan ketibaan kiamat; dari serangan makhluk Marikh, letupan gunung berapi, hentaman asteroid, hinggalah pandemik yang meragut jutaan nyawa. Ahli psikologi sekian lama cuba memahami sebab manusia menonton filem sebegitu, namun mereka masih belum berjaya. Kali ini, mereka menggunakan tema filem tersebut dari aspek lain iaitu persediaan manusia untuk menjalani senario bencana dalam kehidupan sebenar.

Mereka tertanya-tanya sama ada dengan menonton filem berkisahkan pandemik, seperti Contagion (2011) lakonan Gwyneth Paltrow dan Matt Damon, mampu membantu manusia menangani cabaran pandemik dalam dunia nyata. Mereka mendapati jumlah tontonan bagi filem tersebut meningkat secara mendadak dalam beberapa bulan pertama pandemik koronavirus ini. Bagi mengenal pasti puncanya, mereka telah menggunakan Prolific – laman sesawang yang menjadi platform perekrutan dalam talian yang mana seramai 126 individu telah ditemu ramah secara maya. Mereka disoal tentang perihal diri dan genre filem kegemaran masing-masing. Mereka juga ditanya sama ada mereka pernah menonton filem Contagion, selain perasaan terhadap koronavirus.

Jalan cerita filem Contagion (2011) yang mirip dengan dunia nyata meningatkan kegerunannya

Para penyelidik mendapati mereka yang menonton filem sebegini – dan percaya kejadian ini akan berlaku di masa hadapan serta aktif melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang perlu – adalah lebih kuat semangat semasa menghadapi pandemik. Pendedahan terhadap babak tertentu mungkin menyebabkan penonton lebih bersedia menghadapi pandemik secara psikologi. Mereka juga mendapati penonton filem seram lebih cepat menyesuaikan diri semasa fasa awal pandemik ini. Hal ini mungkin kerana filem sebegini secara tidak langsung mengajar kemahiran untuk menyesuaikan diri yang tampaknya digunakan apabila perlu.

Nota Pengarang

Rencana ini merupakan terjemahan daripada https://medicalxpress.com/news/2020-07-fans-apocalyptic-movies-coping-pandemic.html

Rujukan

  • Coltan Scrivner et al. Pandemic Practice: Horror Fans and Morbidly Curious Individuals Are More Psychologically Resilient During the COVID-19 Pandemic, (2020). DOI: 10.31234/osf.io/4c7af

Disunting oleh Adib Yusof

MENGENAI PENGARANG

Penyunting di Angkasfera | nurumira.ashikin@gmail.com | + ARTIKEL TERDAHULU

Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang sains angkasa. Berpendapat bahawa seseorang itu tidak seharusnya berhenti menuntut ilmu, beliau berharap portal ini dapat menginspirasikan masyarakat untuk belajar dan lebih mengenali alam semesta kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

one + twelve =