Panduan Penghantaran Artikel
Kami tidak menubuhkan portal ini untuk menulis dan menerbitkan artikel kami sendiri semata-mata, maka kami memerlukan sumbangan intelek anda! Sudah membaca perkara-perkara di bawah? Klik sini untuk mula menghantar.
Anda dialu-alukan untuk menghantar artikel kepada kami berpandukan perkara-perkara berikut:
Spesifikasi artikel
1. Artikel boleh ditulis oleh satu hingga tiga orang pengarang.
2. Cabang artikel haruslah menepati salah satu daripada bidang yang ditetapkan. Baca selanjutnya di sini.
3. Hanya artikel sains popular diterima. Artikel sains popular merujuk kepada penulisan yang sesuai untuk bacaan umum, ditulis dengan gaya yang santai dan menarik. Ia boleh mengandungi istilah teknikal dengan bilangan minimum yang mana setiap satunya ditakrifkan dalam artikel.
4. Artikel berbentuk berita, laporan, penulisan saintifik beraras tinggi atau tugasan universiti tidak akan diterima.
5. Artikel mesti dalam bahasa Melayu dan merupakan penulisan asli pengarang
6. Jumlah perkataan yang disyorkan antara 300 hingga 500 patah, tidak termasuk bahagian rujukan. Artikel yang panjang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diterbitkan secara berasingan.
7. Pengarang digalakkan menyertakan bahan grafik (gambar, rajah, jadual atau ilustrasi) sebagai pelengkap kepada teks dalam artikel. Jumlah yang disarankan adalah 2 hingga 8.
Penyediaan artikel
1. Artikel ditulis menggunakan perisian Microsoft Word dan dihantar dalam format .doc atau .docx.
2. Artikel mempunyai tajuk yang ringkas dan menarik (ia mungkin diubah suai semasa proses penyuntingan).
3. Setiap bahan grafik mempunyai keterangan ringkas.
4. Bagi bahan grafik yang diambil daripada Internet, pengarang hanya perlu menyertakan pautan sumber kepada bahan tersebut tanpa perlu menyertakannya dalam teks artikel. Klik kanan pada bahan tersebut dan Copy Image Link. Bagi bahan grafik hasil asli pengarang, sila sertakannya dalam artikel.
5. Pengarang hendaklah menyertakan terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah sains penting yang diletakkan dalam kurungan bagi membantu pemahaman pembaca.
6. Sertakan senarai Rujukan dalam bentuk pautan atau pemetikan/bibliografi pada bahagian akhir artikel. Nota Pengarang boleh disertakan jika perlu.
7. Sila rujuk contoh berikut.
Syarat
1. Pengarang menanggung segala tanggungjawab dalam memastikan maklumat dan fakta yang diberikan dalam artikel adalah tepat dan saintifik.
2. Artikel yang dihantar akan melalui proses suntingan yang mana manuskrip asal mungkin diubah suai – proses ini mengambil masa dua minggu atau kurang.
3. Tiada sebarang bentuk ganjaran disediakan bagi setiap artikel yang dihantar kerana Angkasfera merupakan portal tidak berasaskan keuntungan.
Klik sini untuk mula menghantar.