Browse By

All posts by Adib Yusof

Kebuk Awan: Mengesan Zarah dari Angkasa

Zarah angkasa dan kebuk awan Sinar kosmos adalah zarah subatom bertenaga tinggi yang sentiasa menghentam Bumi dari angkasa lepas. Ribuan zarah-zarah ini merentasi planet kita, menerobosi dinding-dinding di sekeliling kita dan menembusi tubuh kita setiap saat! Sinaran semula jadi ini tidak berbahaya dan tidak dapat

Apakah Rasa Plastik?

Anda pasti tahu! Kerana anda, saya dan kita semua pasti pernah (atau selalu) menelan plastik! Tidak dinafikan bahawa kehidupan manusia moden tidak boleh lari daripada penggunaan plastik – membawa barangan runcit, membungkus gula-gula dan pelbagai lagi. Sedar atau tidak, kita bukan sahaja pengguna plastik, malah

Sang Bumi yang Berkelana

Dalam filem sensasi The Wandering Earth, penduduk Bumi berasa gusar akan takdir Matahari yang bakal melangkah ke peringkat hidup berikutnya iaitu Gergasi Merah (Red Giant). Peringkat ini akan menjelang dalam masa 7 bilion tahun akan datang apabila Matahari telah kehausan bahan bakar hidrogen dan heliumnya,

Internet Benda: Apa Benda?

Internet Benda (Internet of Things) merujuk kepada berbilion-bilion peranti fizikal di seluruh dunia yang terhubung dengan Internet serta mengumpul dan berkongsi data. Disebabkan penciptaan pemproses dan jaringan nirwayar (wireless) yang murah dan meluas, kini tidak lagi mustahil untuk mengalu-alukan sebarang benda – sama ada sebiji

Bertutur dalam Bahasa Bukan Manusiawi (Bahagian Kedua)

Dalam bahagian pertama, saya telah menerangkan secara ringkas bagaimana bahasa pengaturcaraan (programming language) berfungsi dan bagaimana ianya berkomunikasi dengan otak komputer iaitu CPU. Dalam bahagian kedua ini, saya akan menghuraikan apakah unsur yang diperlukan untuk membentuk sesuatu bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan secara asasnya merangkumi empat

Bertutur dalam Bahasa Bukan Manusiawi (Bahagian Pertama)

Kita sebagai manusia mempunyai keperluan untuk berkomunikasi dengan manusia lain melalui wahana pertuturan. Perbuatan bertutur boleh dilakukan sama ada melalui bahasa lisan bagi yang sempurna deria, bahasa isyarat bagi yang berkelainan upaya mahupun bahasa tubuh bagi memahami maklumat tersirat yang disampaikan tanpa sedar.   Keperluan

Siapakah yang Layak Menyertai Kelab Bulan?

Sebagai penduduk Bumi, apabila disebut perkataan Bulan, kita tiada masalah untuk membayangkannya. Sebuah jasad di langit malam berbentuk sfera (tetapi kelihatan berbeza pada tarikh yang berbeza) dan menerangi Bumi dengan cahaya Matahari yang dipantulkannya. Mudah bagi kita, kerana kita hanya memiliki sebuah bulan. Tetapi bagaimana