Artikel dalam Astronomi

Belantik, Sang Pemburu di Malam Hari

Tahukah anda, sekiranya anda memandang ke arah langit pada malam hari antara bulan November hinggalah ke Februari, terdapat tiga bintang yang cerah dalam kedudukan selari di atas kepala? Dari jutaan bintang yang ada di langit malam, ketiga-tiga bintang inilah yang paling signifikan dan paling menarik

Astrofotografi – Angkasa dan Seni

Astrofotografi (astrophotography) merupakan suatu kaedah yang mengaplikasikan teknik fotografi dalam menghasilkan imej-imej objek angkasa. Objek angkasa yang dimaksudkan ialah objek-objek di langit seperti bulan, Matahari, planet-planet, bintang-bintang dan juga galaksi. Mencerap objek angkasa ini tidaklah semudah mengambil gambar di sekeliling kita; pencet punat kamera lalu

Korona Teragung: Tembok Besar Korona-Hercules

Tembok Besar Korona-Hercules, juga dikenali sebagai kompleks superkluster Korona-Hercules, merupakan superstruktur galaksi yang amat besar, dianggarkan kira-kira 10 bilion tahun cahaya panjangnya! Sebagai perbandingan, alam semesta boleh cerap (observable universe) memiliki diameter 93 bilion tahun cahaya. Superkluster ini wujud di wilayah langit tampak (sky seen)

Dunia Tanpa Sempadan: Awan Oort

Awan Oort atau Oort Cloud adalah kawasan yang paling jauh dalam Sistem Suria kita. Malah, objek yang paling hampir dalam Awan Oort adalah lebih jauh dari Matahari berbanding bahagian luar Lingkaran Kuiper (Kuiper Belt). Tidak seperti orbit planet dan Lingkaran Kuiper yang terletak pada satah

Senjata dari Angkasa Lepas

Ketika ahli arkeologi pertama kali memeriksa mumia Raja Tutankhamun (Tut) pada tahun 1925, mereka menemui dua bilah belati yang cantik, dibalut rapi bersama linen mediang firaun tersebut. Belati pertama diperbuat daripada emas, dan belati kedua daripada besi. Walau bagaimanapun, satu kajian baharu telah mengesahkan persoalan

Sebesar Manakah Planet Boleh Terjadi?

Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria. Dari segi jisim, planet-planet lain jauh lebih ringan berbanding Musytari. Sekiranya anda mengumpulkan semua planet yang ada menjadi satu jisim tunggal, Musytari kekal 2.5 kali lebih besar. Adalah sukar untuk menaksirkan betapa besarnya Musytari. Sungguhpun begitu, oleh

Lohong Hitam – Mitos atau Fakta?

Lohong hitam akan menarik semua jirim di alam semesta dan akan memusnahkannya Mitos! Lohong hitam (black hole) hanya akan menarik jirim (matter) yang berhampiran dengannya sesuai dengan kekuatan tarikan gravitinya (baca mengenai jejari Schwarzschild). Kemungkinan terdapat lohong hitam yang sedang berputar di pusat galaksi kita,

Sang Bumi yang Berkelana

Dalam filem sensasi The Wandering Earth, penduduk Bumi berasa gusar akan takdir Matahari yang bakal melangkah ke peringkat hidup berikutnya iaitu Gergasi Merah (Red Giant). Peringkat ini akan menjelang dalam masa 7 bilion tahun akan datang apabila Matahari telah kehausan bahan bakar hidrogen dan heliumnya,

Persediaan Bekalan Makanan Sejuta Penduduk di Marikh?

Penghijrahan manusia ke Marikh kini bukan suatu angan-angan, bahkan bakal dicapai dalam jangka masa beberapa dekad lagi. Tahukah anda, NASA bersedia untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada tahun 2033? Misi besar ini bakal dijayakan oleh anak gadis kelahiran Louisiana, Amerika Syarikat bernama Alyssa Carson,

Siapakah yang Layak Menyertai Kelab Bulan?

Sebagai penduduk Bumi, apabila disebut perkataan Bulan, kita tiada masalah untuk membayangkannya. Sebuah jasad di langit malam berbentuk sfera (tetapi kelihatan berbeza pada tarikh yang berbeza) dan menerangi Bumi dengan cahaya Matahari yang dipantulkannya. Mudah bagi kita, kerana kita hanya memiliki sebuah bulan. Tetapi bagaimana