Persediaan Bekalan Makanan Sejuta Penduduk di Marikh?

Penghijrahan manusia ke Marikh kini bukan suatu angan-angan, bahkan bakal dicapai dalam jangka masa beberapa dekad lagi. Tahukah anda, NASA bersedia untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada tahun 2033? Misi besar ini bakal dijayakan oleh anak gadis kelahiran Louisiana, Amerika Syarikat bernama Alyssa Carson, yang memiliki cita-cita besar untuk menjadi manusia pertama ke sana dan sudah mula menjalankan latihan intensif sebagai angkasawan NASA seawal usia 13 tahun.

Image result for alyssa carson
Sumber: NASA

Dalam jurnal bertajuk New Space: The Journal of Space Intrepreneurship and Innovation, satu penyelidikan terbaru berkaitan makanan mandiri untuk 1 juta populasi manusia di Marikh telah diterbitkan. Penyelidikan ini membina satu model terperinci berkaitan pertumbuhan penduduk, keperluan kalori, penggunaan tanah, dan sumber makanan yang membolehkan makanan mandiri dapat dicapai dalam tempoh 100 tahun.

Image result for mars mission
Orlando florin Rosu

Sementara dalam artikel yang bertajuk Feeding One Million People on Mars pula, pengarang iaitu Kevin Cannon dan Daniel Britt merangkap penyelidik dari University of Central Florida, Orlando telah membuat penilaian terhadap kepelbagaian sumber makanan, seterusnya mengemukakan suatu model iaitu imbang peralihan (shifting balance). Model ini menyeimbangkan bekalan makanan daripada Bumi dengan makanan hasil tempatan di Marikh per masa. Sumber makanan juga adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, serangga dan pertanian selular yang boleh diolah untuk menghasilkan alga, daging dan ikan ‘bersih’, telur bebas ayam dan susu bebas lembu. Penyelidikan ini turut menitik beratkan tenaga, air, dan sistem lain yang diperlukan bagi proses pengeluaran makanan.

“Bagi menghadapi kemandirian hak asasi manusia, pengambilan kalori dan nutrisi yang minimum akan menjadi satu keperluan dalam memastikan kelangsungan hidup di bulan atau planet. Sebarang aktiviti di luar keperluan minimum boleh dijadikan kegiatan pengkomersialan,” menurut ketua editor New Space Ken Davidian yang berpengalaman dalam industri pengangkutan komersial angkasa selama lebih dari 30 tahun.

Sumber: https://phys.org/news/2019-09-million-people-mars.html

MENGENAI PENGARANG

Penyunting di Angkasfera | nurizzatimohdrosli95@gmail.com | + ARTIKEL TERDAHULU

Beliau merupakan pelajar doktor falsafah (cuaca angkasa) dengan pengkhususan berkaitan sifat dan fenomena di lapisan ionosfera Bumi. Beliau berharap agar portal ini dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu cuaca angkasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

18 − 17 =