Adakah Anda Tahu…

… kesemua fakta mengenai jerebu ini?

  • Pembakaran hutan secara besar-besaran dilakukan sebagai langkah mudah untuk mengosongkan kawasan untuk tujuan penanaman. Jerebu tahun ini (2019) adalah yang paling teruk sejak 2015.
  • Jerebu mengubah warna langit. Kenapa langit bewarna biru pada tengah hari namun oren kemerahan pada waktu senja? Jawapannya – Serakan Rayleigh. Secara ringkasnya, istilah ini menerangkan bahawa zarah di udara menyebabkan serakan cahaya matahari yang diterima oleh mata manusia. Serakan ini mengubah panjang gelombang cahaya tersebut. Jarak cahaya matahari untuk sampai kepada kita juga mempengaruhi warna langit. Apa pula yang akan terjadi apabila jerebu? Zarah-zarah jerebu tersebut menyebabkan langit di siang hari kelihatan mendung, bewarna agak kelabu dan bukannya biru. Warna langit pada waktu senja pula kelihatan merah jambu dan kuning cair.
Ilustrasi menunjukkan jerebu di Kuala Lumpur. Sumber: Business & Human Rights Resource Centre
  • Jerebu juga memberi kesan kepada pertanian atau lebih khusus, proses fotosintesis. Hal ini kerana, aerosol yang tidak larut melekat pada daun-daun seterusnya mengurangkan proses fotosintesis. Jadi, gas karbon dioksida meningkat lalu menyebabkan peningkatan kesan rumah hijau (green house effect).
  • Seperti manusia, asap tebal juga memberi kesan kepada haiwan. Di Kalimantan, sebanyak 355 ekor orang utan yang menerima kesan akibat daripada jerebu. 37 ekor daripadanya disyaki terkena jangkitan pernafasan yang ringan (mild respiratory infection). Habitat mereka juga terancam kerana keluasan kawasan yang didiami mereka telah mengecil sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan oleh aktiviti pembakaran ini.
Orang utan juga dihadkan aktiviti luar dari pusat perlindungannya. Sumber: Phys.org
  • Pendedahan jerebu dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan keradangan pada mata, hidung dan tekak serta kesukaran untuk bernafas. Biasanya gejala ini mengambil 1 hingga 3 hari untuk terjadi. Namun, kebanyakan kes keradangan ini sembuh dengan sendirinya.

Nota:

Anda dinasihatkan untuk banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar dan pakai topeng (N95) jika perlu. Individu yang mempunyai penyakit berkaitan paru-paru dan jantung dinasihatkan sentiasa membawa ubat yang perlu bersama anda.

Diterjemahkan dari:

https://www.healthhub.sg/live-healthy/327/impact_haze_on_health

https://www.nst.com.my/opinion/letters/2019/09/521674/haze-shouldnt-be-seen-normal-it-harmful

https://phys.org/news/2019-09-indonesia-toxic-haze-affecting-borneo.html

https://www.spc.noaa.gov/publications/corfidi/sunset/

https://www.business-humanrights.org/sites/default/files/images/Kuala-Lumpur-haze-sunset-by-Firdaus-Latif-via-Wikimedia-Commons.jpg

MENGENAI PENGARANG

Penyunting di Angkasfera | nurumira.ashikin@gmail.com | + ARTIKEL TERDAHULU

Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang sains angkasa. Berpendapat bahawa seseorang itu tidak seharusnya berhenti menuntut ilmu, beliau berharap portal ini dapat menginspirasikan masyarakat untuk belajar dan lebih mengenali alam semesta kita.

One thought on “Adakah Anda Tahu…”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

13 − 10 =