Monthly Archives: Oktober 2020

Teknologi untuk Berbakti

Kita sebagai manusia pada umumnya mempunyai minat, sikap dan kebijaksanaan masing-masing. Maka, kita perlulah bersatu hati untuk sama-sama berusaha mencari kesempurnaan hidup. Jika dilihat pada masa kini, pelbagai teknologi telah dicipta, misalnya telefon bimbit dan komputer, dan didapati bahawa teknologi telah pun membantu seluruh masyarakat

Sel: Permulaan Suatu Perjalanan

Semua organisma di Bumi terdiri daripada sel. Dalam hierarki organisasi biologi, sel merupakan unit terkecil bagi hidupan. Sel boleh membiak, makan dan memberi reaksi kepada persekitaran; sama seperti sesuatu hidupan. Kebanyakan sel mempunyai diameter antara 1 sehingga 100 mikrometer dan mampu dilihat menggunakan mikroskop cahaya.

Kehidupan di Angkasa Lepas: Munasabah atau Mehnah?

“Gemuruh jiwa semangat membara, Dari puncak ingin ke angkasa~” Lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir terngiang-ngiang di telinga penulis apabila perkataan angkasa disebut. Sempena Minggu Angkasa Sedunia yang berlangsung dari 4 Oktober 2020 sehingga 10 Oktober 2020, penulis terpanggil untuk menelaah serba sedikit tentang ciptaan Tuhan