Artikel dalam Perubatan & Kesihatan

Doping – Asbab Kemudaratan kepada Atlet

Doping ialah penyalahgunaan bahan atau kaedah yang dilarang dalam acara sukan. Di Malaysia, sebanyak 138 kes atlet digantung akibat doping telah direkodkan antara tahun 2005 hingga 2017. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2018 di dalam kalangan 182 orang atlet sukan peringkat sekolah mendapati, kesedaran

Glukosamina: Suplemen Terbaik untuk Sendi? 

Glukosamina ialah sebatian biokimia yang terjadi secara semula jadi dalam tubuh manusia dan dalam organisma lain seperti tumbuhan dan makanan laut seperti kerang. Bahan ini juga merupakan sejenis gula amino yang bergabung menjadi rantai kanji ringkas yang berperanan dalam pembentukan pelbagai struktur seperti tulang rawan,

Ubat Bawah Lidah untuk Sakit Jantung

Glyceryl trinitrate (GTN) atau disebut juga sebagai nitrogliserin merupakan ubat yang tergolong dalam kumpulan nitrat. GTN bertindak dengan mengembangkan salur darah bagi membolehkan aliran darah yang membawa oksigen menjadi lebih lancar. GTN wujud dalam beberapa bentuk dos seperti suntikan, tablet sublingual, semburan dan tampalan (patch). Tablet

Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah

Tubuh manusia terdiri daripada bertrilion sel-sel hidup yang sentiasa menjalani kitaran normal secara semula jadi untuk membentuk sel baharu sebelum mencapai fasa kematian sel (cell death). Barah terjadi apabila sel-sel ini tidak mengikuti kitaran normal dan mula hidup di luar kawalan. Perbezaan utama sel barah

Kawalan Produk Kosmetik

Produk kosmetik meliputi rangkaian sediaan yang digunakan untuk tujuan kecantikan dan penjagaan diri seperti alat solek, sabun, pewangi dan ubat gigi. Sebaliknya, produk suntikan, minuman atau makanan bagi tujuan kecantikan tidak dikelaskan sebagai produk kosmetik. Produk kosmetik hanya digunakan secara luaran. Prosedur Notifikasi Kosmetik Sejak

Panduan Pengambilan Ubat yang Selamat Ketika Menyusukan Bayi

Menurut satu artikel yang diterbitkan dalam portal MyHealth, susu ibu membantu perkembangan deria, fungsi kognitif atau pemikiran, sistem imun bayi serta mengurangkan risiko penyakit saluran pernafasan seperti radang paru-paru dan selesema. Oleh sebab itu, pemberian susu ibu digalakkan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia dua tahun. Kaitan

Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di Malaysia

Elastin ialah protein penting di dalam tubuh manusia dan haiwan yang membentuk tisu-tisu kenyal, kukuh, serta tahan lasak seperti paru-paru, salur darah dan juga kulit. Selain daripada peranannya dalam pembentukan organ-organ penting, elastin juga merupakan protein yang mempunyai pelbagai fungsi seperti anti-bakteria, anti-oxidatif, dan anti-penuaan. 

Kesan Bahan Terlarang dalam Kopi Pracampuran

Pada 2014, akhbar Harian Metro melaporkan seorang lelaki meninggal dunia selepas meminum kopi yang didapati mengandungi analog sildenafil. Portal berita Astro Awani pula melaporkan pada Januari 2018, terdapat seramai 5 orang pengawal keselamatan telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami simptom lemah badan dan letih yang

Langkah Bebas daripada Merokok

Pertubuhan Kesihatan Dunia atau dikenali sebagai World Health Organization (WHO) menganggarkan terdapat lebih daripada satu bilion perokok di seluruh dunia dan penggunaan produk tembakau didapati semakin meningkat. Data National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada 2019 menunjukkan bahawa 50% daripada responden kajian melaporkan mereka kerap

Kepentingan Vaksin Pneumokokal untuk Anak Kecil

Perlukah vaksin pneumokokal untuk anak kecil anda? Bermula Disember 2020 suntikan vaksin pneumokokal akan diberikan secara percuma di fasiliti kerajaan melalui Program Imunisasi Kebangsaan. Ketua Pengarah Kesihatan menerusi kenyataan rasminya pada 24 November 2020 menjelaskan bahawa semua bayi yang lahir pada 1 Januari 2020 dan