Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di Malaysia
Elastin ialah protein penting di dalam tubuh manusia dan haiwan yang membentuk tisu-tisu kenyal, kukuh, serta tahan lasak seperti paru-paru, salur darah dan juga kulit. Selain daripada peranannya dalam pembentukan organ-organ penting, elastin juga merupakan protein yang mempunyai pelbagai fungsi seperti anti-bakteria, anti-oxidatif, dan anti-penuaan.