Manfaatkan Risalah Maklumat Ubat

Setiap kali anda memperoleh kotak ubat dari farmasi atau klinik, besar kemungkinan anda akan mendapati sekeping risalah disertakan dalam kotak ubat tersebut. Risalah yang mengandungi maklumat berkenaan ubat ini sebenarnya berfungsi memberikan panduan penting kepada pengguna atau pesakit sebelum menggunakan ubat. Namun sayangnya, sebahagian daripada masyarakat tidak mengambil berat risalah ini, dan terus mengetepikan risalah itu. Lebih merisaukan apabila masyarakat kini mencari maklumat ubat dari sumber internet yang belum pasti kesahihannya.

Latar belakang risalah maklumat ubat

Risalah maklumat ubat untuk pengguna (RiMUP) atau dipanggil ‘consumer medication information leaflet’ telah menjadi risalah penting untuk menyampaikan maklumat tentang ubat-ubatan dan ciri-ciri keselamatannya kepada pesakit. Pada masa lalu, satu-satunya sumber maklumat tentang ubat untuk pesakit hanyalah label pada botol ubat. Namun, seiring dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan yang aktif, terdapat peningkatan dalam penyediaan maklumat yang lebih terperinci dan terkawal kepada pesakit.

Contoh risalah maklumat ubat. Sumber: media.sciencephoto.com

Proses perkembangan RiMUP bermula pada tahun 1980-an melalui penyelidikan tentang format risalah yang bersifat umum yang membincangkan kesan-kesan kumpulan ubat tertentu, seperti diuretik dan benzodiazepin. Inisiatif Kesatuan Eropah (European Union, EU) pada pertengahan 1990-an dalam menyediakan risalah maklumat untuk pesakit di setiap bungkusan ubat merupakan langkah penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang lengkap. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi cara penggunaan, langkah berjaga-jaga, serta kemungkinan kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.

Pada tahun 1999, RiMUP menjadi keperluan yang diwajibkan dan harus diuji kebolehbacaannya oleh orang awam. Di Malaysia, syarikat-syarikat farmaseutikal yang mendaftarkan produk ubat bertanggungjawab untuk menyediakan RiMUP berdasarkan format yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. NPRA sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan RiMUP dikemaskini secara berkala bagi memastikan keselamatan ubat kepada pesakit yang memerlukannya.

Kelebihan risalah maklumat ubat

Terdapat kajian menunjukkan RiMUP memberikan kelebihan yang signifikan kepada pesakit. Kelebihan tersebut ialah RiMUP dapat; i) memberikan pesakit maklumat yang terperinci tentang penggunaan ubat yang betul, ii) dos yang sepatutnya diambil, iii) kesan sampingan dan iv) kontradikasi yang perlu dielakkan. Doktor dan kakitangan kesihatan boleh menggunakannya sebagai alat bantuan ketika menyampaikan maklumat berkenaan ubat kepada pesakit. Dengan membaca RiMUP, kefahaman pesakit tentang bagaimana dan mengapa ubat tersebut harus diambil, serta potensi risiko atau kesan sampingan yang mungkin timbul dapat dipertingkatkan.

Sumber: live.staticflickr.com

Selain itu, pengguna dapat menggunakan maklumat lengkap dari RiMUP untuk membuat keputusan yang lebih bijak mengenai rawatan mereka. Mereka dapat membuat penilaian ke atas manfaat dan risiko berkaitan ubat tertentu, mempertimbangkan kontraindikasi atau interaksi dengan ubat lain yang sedang digunakan, dan seterusnya berbincang dengan doctor atau ahli farmasi. Dengan itu, ubat-ubatan dapat diambil dengan betul, selamat, berkesan serta mengelakkan dos yang terlalu tinggi atau rendah. Tambahan lagi, cara untuk mengenalpasti tanda-tanda kesan sampingan juga dapat diketahui. Pengguna akan lebih cakna mengenai tindak balas tubuh badan yang tidak normal terhadap ubat yang diambil sekali gus memudahkan tugas pemantauan doktor dan kakitangan kesihatan yang lain dalam mengenal pasti simptom.

Kesimpulannya, sebagai pesakit atau pengguna, kita harus mengambil berat tentang RiMUP dalam memastikan keselamatan diri kita dalam penggunaan ubat. Mencari maklumat berkenaan ubat-ubatan anda pada risalah ini terlebih dahulu adalah lebih baik sebelum mencari dari sumber internet atau media sosial. Semua pihak termasuklah kakitangan kesihatan dan pesakit perlu menghargai kepentingan RiMUP. Jadilah pengguna yang lebih bijak dan bertanggungjawab ke atas kesihatan kita, sejajar dengan wawasan kesihatan negara ke arah menuju negara maju, iaitu meningkatkan literasi dan kesedaran kesihatan di kalangan rakyat.

Rujukan

  • Consumer Medicine Information (CMI). Retrieved 7 28, 2023, from http://health.gov.au/internet/main/publishing.nsf/content/nmp-consumers-cmi.htm
  • A Brief History of Consumer Medication Information.  HYPERLINK “https://www.pharmacytimes.com/view/a-brief-history-of-consumer-medication-information” \t “_blank” Pharmacy Times
  • Impact of customized-consumer medication information on health-related quality of life among patients with type 2 diabetes mellitus. Research in Social & Administrative Pharmacy. Retrieved 7 28, 2023, from https://sciencedirect.com/science/article/pii/s1551741119301767.
  • National Pharmaceutical Regulatory Agency. (n.d.). Risalah Maklumat Ubat Untuk Pengguna (RiMUP). HYPERLINK “https://npra.gov.my/index.php/my/consumers-2/maklumat/risalah-maklumat-ubat-untuk-pengguna-rimup.html”

Disunting oleh Faiz Arif

MENGENAI PENGARANG

Pelajar PhD di Monash University Malaysia | irma.ngadimon@monash.edu | + ARTIKEL TERDAHULU

Irma Wati merupakan seorang ahli farmasi yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Monash Universiti Malaysia. Beliau sedang melakukan kajian tentang epilepsi, kecederaan otak dan fungsi kognitif. Beliau suka menulis dan berkongsi artikel ilmiah di media tempatan dan jurnal.

42 thoughts on “Manfaatkan Risalah Maklumat Ubat”

  1. Trackback: is there a generic tadalafil
  2. Trackback: flagyl gingivite
  3. Trackback: can you take expired cephalexin
  4. Trackback: is it better to take cymbalta in the morning or at night
  5. Trackback: gabapentin lipoderm
  6. Trackback: bactrim for dogs dosage chart
  7. Trackback: amoxicillin and birth control
  8. Trackback: mp flomax 15
  9. Trackback: ddavp bleeding and renal failure
  10. Trackback: diltiazem cd 240 mg
  11. Trackback: contrave how long to work
  12. Trackback: augmentin 875 dosage
  13. Trackback: can i take tylenol with diclofenac
  14. Trackback: amitriptyline alcohol
  15. Trackback: aripiprazole 2mg
  16. Trackback: side effects of baclofen
  17. Trackback: buspar for sleep
  18. Trackback: bupropion weight loss
  19. Trackback: how long for protonix to work
  20. Trackback: abilify injection
  21. Trackback: acarbose inhibitor
  22. Trackback: semaglutide oral
  23. Trackback: repaglinide plus metformin
  24. Trackback: synthroid shakiness
  25. Trackback: difference in pennsaid and voltaren
  26. Trackback: venlafaxine cost without insurance
  27. Trackback: tizanidine hcl 2 mg
  28. Trackback: cost of levitra at walmart pharmacy
  29. Trackback: cialis online pills
  30. Trackback: ivermectin lotion for lice
  31. Trackback: sildenafil viagra vardenafil levitra and tadalafil cialis
  32. Trackback: how much is a 100mg viagra pill
  33. Trackback: can i drink alcohol while taking doxycycline
  34. Trackback: 150 mg lyrica equals how much gabapentin
  35. Trackback: when should i take lisinopril

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

20 − one =