Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) di Institusi Pengajian Tinggi

Dalam era modenisasi kini, hampir semua bidang menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti seharian. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali mengalami transformasi digital yang pesat. Proses transformasi ke arah digital ini secara relatifnya bukan sesuatu yang baru di Malaysia kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menggunakan teknologi terkini dalam proses pembelajaran. Salah satu teknologi yang penting dalam konteks pengajian tinggi ialah teknologi digital Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System, LMS) yang popular dan semakin luas penggunaannya sama ada oleh institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Sistem LMS memiliki faedahnya yang tersendiri dalam proses pembelajaran iaitu meningkatkan akses dan memberi kemudahan kepada pelajar untuk melakukan apa jua rujukan. Bukan itu sahaja, sistem ini juga turut membantu mengatur fail-fail kursus dan strategi pembelajaran pelajar dengan lebih baik dan efisien. Hal demikian amat penting kepada para pelajar yang sinonim dengan pengambilan kursus yang banyak dan pelbagai dalam semester semasa mereka.

Sumber: www.ums.edu.my

Bagi memastikan keberkesanan sistem LMS kepada proses pembelajaran di pengajian tinggi,  beberapa asas utama perlulah dititikberatkan. Antaranya ialah kebolehcapaian sistem pada kadar maksimum, kemahiran mengendalikan sistem LMS, tahap kualiti yang ditetapkan pihak pengurusan institusi, sokongan fasiliti, kawalan penggunaan sumber yang dikongsikan, dan seterusnya sokongon semua pihak yang terlibat.

Sumber: www.kemahiran.kbs.gov.my

Penggunaan sistem LMS jelas sekali membawa banyak manfaat kepada para pelajar dan yang lebih utama lagi, sistem ini mampu memastikan proses pembelajaran mencapai objektif dan berinitipatikan ciri-ciri yang relevan. Di samping itu, suasana yang dinamik juga dapat diwujudkan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Justeru, langkah proaktif penggunaan teknologi terkini seperti LMS ini penting untuk dikekalkan demi mencapai proses penyampaian pembelajaran yang holistik dan  inklusif kepada pelajar.

 

Disunting oleh Izzati Rosli 

MENGENAI PENGARANG

Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah

Pengarang memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam Teknologi Maklumat. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah
Kamarul Mizal Marzuki

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

1 × 2 =