Teknologi untuk Berbakti

Kita sebagai manusia pada umumnya mempunyai minat, sikap dan kebijaksanaan masing-masing. Maka, kita perlulah bersatu hati untuk sama-sama berusaha mencari kesempurnaan hidup. Jika dilihat pada masa kini, pelbagai teknologi telah dicipta, misalnya telefon bimbit dan komputer, dan didapati bahawa teknologi telah pun membantu seluruh masyarakat di dunia dalam kehidupan seharian. Kemajuan teknologi juga sangat penting dalam industri kesihatan. Ini kerana dengan adanya teknologi yang canggih, ia dapat membantu kakitangan perubatan untuk menyelamatkan pesakit dengan cepat dan mudah.

Boleh dikatakan setiap orang pasti memiliki telefon pintar dan pelbagai tugasan dapat dikerjakan hanya dengan menggunakan telefon pintar, contohnya menghantar pesanan, mengambil gambar dan sebagainya. Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih berdasarkan keserasian sistem operasi, iaitu Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi.

Aplikasi telefon pintar yang menarik semakin banyak dibangunkan, dan pengguna-pengguna berlumba-lumba memuat turun aplikasi canggih sesuai dengan keinginan dan kehendak masing-masing. Pada tanggal 3 Mei 2020, syarikat WeAssist Sdn Bhd telah melancarkan sebuah aplikasi telefon pintar khas untuk kakitangan perubatan dan aplikasi itu dinamakan sebagai Locum Apps. Locum Apps adalah satu aplikasi yang menghubungkan kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik dengan kakitangan lokum. Lokum ialah seseorang yang menjalankan tugas orang lain dalam profesion yang sama, terutamanya doktor, untuk sementara waktu semasa ketiadaannya kerana bercuti.

Locum Apps yang telah diasaskan oleh WeAssist Sdn Bhd bertujuan untuk membantu dalam memastikan kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik tidak mengalami kekurangan tenagakerja,  terutamanya pada saat-saat kritikal yang sedang dialami. Terdapat 3,085 kakitangan lokum yang telah mendaftar dalam Locum Apps. Walaupun mempunyai permulaan yang perlahan sebaik selepas pelancaranyan, kini Locum Apps telah menyediakan hampir 300 jam pekerjaan lokum di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak, Selangor dan juga Terengganu.

Pada tanggal 12 September 2020, Locum Apps telah mengadakan sebuah projek tanggungjawab sosial korporat iaitu membantu melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas golongan orang tua di Rumah Charis. Rumah Charis adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Pendeta Teo How Ken sebagai rumah orang-orang tua. Rumah ini didiami lebih kurang 20 orang tua dan kesemuanya tidak mempunyai anak.

Locum Apps menghantar sepasukan kakitangan perubatan yang dianggotai oleh seorang doktor lokum, dua orang jururawat dan empat orang kakitangan biasa. Mereka melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, Indeks jisim tubuh (BMI) dan ujian glukosa. Mereka juga mengutip derma untuk membiayai pembelian peralatan-peralatan perubatan seperti ujian glukosa dan sebagainya. Atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat Malaysia, projek tersebut berjalan dengan sangat baik dan lancar. Orang-orang tua di Rumah Charis sangat teruja kerana berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan setelah beberapa bulan tidak diperiksa disebabkan sekatan pergerakan.

Locum Apps juga telah memberikan makanan dan pelekat ‘Locat’ kepada IIQ70+ iaitu sebuah persatuan yang menyediakan rumah perlindungan bagi mereka yang kurang upaya intelektual atau cacat mental dengan IQ di bawah 70. Pelekat ‘Locat’ merupakan salah satu barang pengeluaran Locum Apps. Pelekat ‘Locat’ itu akan diberikan kepada sesiapa yang menderma untuk ‘Locum Charity’. Locum Apps juga  menjual beberapa barangan eksklusif seperti buku dan aksesori telefon.

Nota pengarang:

Locum Apps berhasrat untuk mengadakan projek seperti ini di masa akan datang. Mereka telah pun merancang untuk melakukan projek ini pada setiap tahun bagi membantu orang-orang yang memerlukan lebih-lebih lagi orang-orang tua, anak-anak yatim, orang miskin dan juga pelarian. Mereka turut mengharapkan agar rakyat Malaysia dan kakitangan kesihatan memberikan sokongan dan bantuan dengan menderma atau menjadi sukarelawan untuk projek tersebut. Masyarakat Malaysia boleh melawat laman sesawang Locum Apps di www.locumapps.com untuk maklumat lanjut.

MENGENAI PENGARANG

WeAssist Sdn Bhd | fatin.athira@weassist.asia

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam matematik pengurusan. Kini, beliau berkerja di WeAssist Sdn Bhd.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

9 + eighteen =