Korona Teragung: Tembok Besar Korona-Hercules

Tembok Besar Korona-Hercules, juga dikenali sebagai kompleks superkluster Korona-Hercules, merupakan superstruktur galaksi yang amat besar, dianggarkan kira-kira 10 bilion tahun cahaya panjangnya! Sebagai perbandingan, alam semesta boleh cerap (observable universe) memiliki diameter 93 bilion tahun cahaya.

Superkluster ini wujud di wilayah langit tampak (sky seen) dalam pemetaan set data ledakan sinar gama (gamma ray burst, GRB). Daripada pemetaan tersebut, ia dikesan berdasarkan kepekatan GRB yang jauh lebih tinggi daripada purata taburan yang dijangka.

Struktur mega ini ditemui oleh kumpulan saintis Amerika dan ahli astronomi Hungary tatkala analisis data Gamma Swift Burst Mission dan Gamma Gamma Fermi Telescope dijalankan, iaitu sekitar November 2013.

Di alam semesta, Tembok Besar Korona-Hercules adalah struktur pertama ditemui lebih besar daripada kumpulan kuarsar yang digelar ‘struktur terbesar’ sejak tahun 1991. Keunikannya adalah pada struktur yang terdiri daripada filamen galaksi, iaitu kumpulan galaksi mega yang disertai graviti.

Tembok besar termasuk kluster Hercules, Coma dan Leo pada kanan gambar pandangan alam semesta. Sumber: www..wikipedia.org

Ia adalah kira-kira 10^10 tahun cahaya atau 3 Gpc (giga parsek), dalam dimensi tersebarnya, iaitu kira-kira 1/9 (10.7%) dari diameter alam semesta yang dilihat, dengan 7.2 x 10^9 tahun cahaya (2.2 Gpc) pada dimensi lain. Tembok besar ini terletak di antara gugusan Hercules dan Boreal Crown.

Penemuan struktur ini telah menunjukkan masalah pada model alam semesta semasa. Pada jarak objek ini, struktur yang kita lihat bentuknya berlaku pada 10 bilion tahun dahulu, iaitu 3800 juta tahun selepas Ledakan Dahsyat (Big Bang). Walau bagaimanapun, model evolusi alam semesta sekarang tidak membenarkan struktur sedemikian rupa tercipta dalam tempoh 3 bilion tahun. Hal ini kerana, struktur itu sendiri terlalu besar dan rumit untuk wujud pada tahap awal alam semesta. Model semasa alam semesta juga masih belum tercetus bagi menjelaskan kewujudan struktur tembok besar ini.

Struktur sebesar tembok besar Korona-Hercules dapat membentuk sebahagian daripada jaringan kosmik yang luas, lembaran galaksi dan jirim gelap yang berterusan. Walaupun jaringan ini tidak pernah diperhati secara langsung, ukuran strukturnya yang sangat besar di alam semesta ini memberikan kebarangkalian bahawa wujudnya jaringan ini. Struktur skala besar seperti tembok besar Korona-Hercules ini mungkin merupakan persilangan filamen yang lebih kecil dalam struktur yang luas ini, yang mana terdapat galaksi berkepadatan tinggi menghubungkan filamen-filamen yang lain dalam rangkaian yang luas ini.

Disunting oleh Izzati Rosli

Rujukan

MENGENAI PENGARANG

Penyunting di Angkasfera | johari.talib88@gmail.com | + ARTIKEL TERDAHULU

Beliau merupakan pelajar sarjana (sains angkasa), pengkhususan dalam bidang frekuensi radio. Beliau memiliki latar belakang akademik dalam bidang kejuruteraan elektronik dan sains fizik. Beliau kini sedang bekerja dalam bidang sistem automasi bangunan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

eighteen + 13 =